Sunday, March 15, 2015

Maman kini di Keru



Siapa tidak tahu, maman adalah sayur yang boleh dikira agak mahal tetapi amat digemari oleh orang Negeri Sembilan terutamanya di kawasan Gemencheh. Harganya boleh mencecah sehingga RM18 sekilo apabila menjelang musim perayaan. Kebiasaanya maman ni dimasak bersama rendang daging atau ayam dan rasanya pasti menyelerakan.

Baca Rendang Maman Sedap!!

Kini maman bukan sahaja boleh didapati di kawasan Gemencheh sahaja, tetapi di Keru, Tampin juga terdapat sebuah ladang yang mengusahakan tanaman sayur maman. Bagi penggemar sayur maman, anda boleh lah mendapatkan sayur maman di Keru dengan harga RM6 sekilo pada hari biasa (bukan di musim perayaan). Untuk order melebihi 100kg, penghantaran di sekitar Negeri Sembilan adalah percuma.

Maman

Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang ditanam secara meluas terutama di Terengganu dan Negeri Sembilan, Malaysia. Ia juga ditanam sebagai sayuran di kawasan tertentu di Asia dan Afrika.
Di Negeri Sembilan, di antara kawasan tanaman utama maman adalah di Gemencheh. Kawasan ini termasuklah Kg Sri Asahan, Pekan Gemencheh , Kg Gedok, Sg Dua, Gemencheh lama, Kg. Sungai Kepong higga ke kg Sg Salah, termasuk juga Gugusan Felda Rokan.

Pohon pokok maman ini boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Ia tumbuh secara menegak dan mempunyai batang dan ranting-ranting yang berbulu atau berambut. Bentuk daun pokok maman ini mempunyai 5 helai daun membentuk satu kelompok. Manakala, pada bahagian pucuknya terdapat tiga helai dan daunnya yang lebih kecil, ia boleh dilihat pada berhampiran bunga pokok maman.
Bentuk buah pokok maman ini seperti kapsul bulat dan kepanjangannya adalah diantara 2 hingga 11 sentimeter (sm), dan garis pusat buah maman dalam ukuran 3-6 milimeter (mm).

Maman boleh dilakukan secara pemasakan sup atau dibuat sayur. Maman dikatakan sangat pahit rasanya, dan bagi menghilang rasa pahit daunnya, proses penjerukkan boleh dilaku. Di Afrika, yaitu dikawasan barat dan timur, daun maman ini diproses dijadikan sos atau bahan pencecah. Juga, daun maman boleh dilakukan sebagai acar (melalui proses penjerukkan dengan campuran garam).
Bagi masyarakat Gemencheh, Malaysia, maman merupakan satu sayuran yang dimasak bersama dengan ayam, daging atau pun ikan bilis.Rendang maman boleh dikatakan satu juadah kemestian pada setiap hari raya.

Rendang maman ini boleh dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau pun nasi himpit. Rendang maman ini memerlukan santan yang banyak, lada api yang secukupnya dan juga asam keping untuk menghilangkan rasa pahit maman.

Perubatan

 

Daun dan biji maman, digosok pada kulit secara terus, boleh menyebabkan berlakunya kulit melecur dan radang.

Biji maman (guna sedikit saja), jika ditumbuk lumat dan kemudiannya ditelan, dapat mengeluarkan angin. Penggunaan berlebihan, boleh mengakibatkan angin dalam perut. Sekiranya, ia direbus, air rebusan biji ini boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan racun serangga.

Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekiranya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.

Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Bagi mendapatkan penawarnya ini, akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Maman